LIEOS TECHNOLOGY sdn bhd
 
 
 
>> Muat Turun Profil Syarikat
 
 

PENGENALAN SYARIKAT

LIEOS TECHNOLOGY Sdn Bhd (595072-D) adalah sebuah syarikat yang berstatuskan BUMIPUTRA di mana ianya telah ditubuhkan pada 8hb Oktober 2002.
Sebelum LIEOS TECHNOLOGY SDN BHD ditubuhkan, pemilik syarikat ini telah pun menjalankan perniagaan tunggalnya , LIEOS TECHNOLOGY sejak dari tahun 1998. Dengan kemajuan IT yang semakin pesat serta pencapaian maju syarikat dan tahap stabil, pemilik tunggalnya AFIZA BINTI KHALIT mengambil keputusan menaiktaraf syarikat sebagai SENDIRIAN BERHAD iaitu LIEOS TECHNOLOGY SDN BHD.
AFIZA BINTI KHALIT adalah pemegang saham terbesar iaitu sebanyak 55% manakala 45% saham lagi dipegang oleh AZLI B ABDUL AZIZ , kedua-duanya adalah Pengarah syarikat ini. Syarikat ini juga diuruskan sendiri oleh kedua-dua pengarah tersebut.
Syarikat menjalankan perniagaan yang berkaitan dengan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) yang mana dibantu oleh 20 orang pekeja tetap serta beberapa pekerja sambilan.
Sehingga tahun 2005, syarikat mengambil keputusan menubuhkan beberapa cawangan bagi tujuan mengembangkan lagi sayap perniagaan dan memantapkan pendapatan syarikat.

 
 
  © Hakcipta Terpelihara 2006 - LIEOS TECHNOLOGY Sdn Bhd (595072-D) Design by Sydan